May 12, 2026

Penang Free School Diwartakan Sebagai Tapak Warisan Negeri dan Tapak Warisan Kebangsaan

Penang-Free-School-Diwartakan-Sebagai-Tapak-Warisan-Negeri-dan-Tapak-Warisan-Kebangsaan.jpg

𝐄𝐍𝐀𝐊𝐌𝐄𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟏𝟏

NOTIS SIARAN UNTUK MENETAPKAN TAPAK SEBAGAI TAPAK WARISAN
 
Menurut perenggan 21(2)(a) Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 [Enakmen 14], Pesuruhjaya Warisan Negeri telah memberikan notis kepada pemunya yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual bagi tapak yang diperihalkan dalam ruang (2), (3) dan (4) tentang keputusan Pesuruhjaya Warisan Negeri untuk menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan.
 
Pemunya tapak itu atau mana-mana orang lain yang terjejas atau berkemungkinan akan terjejas dengan penetapan tapak itu sebagai tapak warisan boleh membuat bantahan terhadap penetapan itu di bawah seksyen 22 Enakmen dengan menyampaikan notis bantahan kepada Pesuruhjaya Warisan Negeri yang beralamat di 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝟏𝟖, 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐊𝐎𝐌𝐓𝐀𝐑), 𝟏𝟎𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 atau melalui emel di [email protected] 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝟐𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔.